Dua menteri langgar SOP PKP?

0
1

TINDAKAN dua menteri mengadakan majlis penyampaian sumbangan sempena Tahun Baharu Cina hari ini mendapat kecaman ramai pihak.

Ini kerana ramai berpendapat ia tidak sesuai dianjurkan ketika negara sedang menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Rata-rata warganet berpendapat ia bukti pihak berkuasa ‘berat sebelah’ dalam menguatkuasakan PKP di mana rakyat diminta patuh dengan prosedur operasi standard (SOP), manakala VIP dikecualikan.

Menteri yang dimaksudkan ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamarudin.
Sumbangan itu adalah membabitkan masyarakat Tiong Hua di kawasan Gombak dan Ampang di mana Azmin serta Zuraida adalah Ahli Parlimennya.

Menerusi ciapan di Twitter, Zuraida memaklumkan beliau menyampaikan sumbangan kepada penduduk Kuala Ampang yang memerlukan bantuan.

Pengguna Twitter dengan menggunakan akaun @ezalfx mempersoalkan penganjuran majlis berkenaan.

“Apa ni YB tak ikut SOP yang kerajaan sendiri buat? Terang-terang MKN telah katakan tiada majlis rasmi atau tidak rasmi kerajaan dan ini pula sebab politik lagilah tak boleh. Mohon PDRM, MKN, JPM ambil tindakan kerana langgar SOP,” komennya.

Seorang lagi yang menggunakan akaun @amvanhuizen mempersoalkan kenapa sumbangan itu tidak dilakukan secara menghantar dari rumah ke rumah dan bukannya mengadakan majlis termasuk mendirikan khemah dan sebagainya.

Sementara itu, pemilik akaun @FareezMohd3 turut tidak berpuas hati dengan tindakan menteri berkenaan.

“Eloklah sangat, buat majlis..bila kena kat rakyat biasa, mampos kena kompaun,” katanya. – Malaysiapost

Artiekl berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/01/17/kenapa-bodoh-sangat-ni/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here