Rakyat Malaysia dikesan positif Covid-19 sebaik tiba di Singapura

0
2

DUA rakyat Malaysia antara 26 kes import baharu Covid-19  yang dilapor di Singapura, semalam menjadikan keseluruhan kes di negara itu sebanyak 59,675 kes setakat ini. 

Kementerian Kesihatan Singapura, melaporkan kes tersebut masing-masing membabitkan lelaki berusia 38 tahun dan wanita 35 tahun, kedua-duanya pemegang permit kerja dan tiba dari Malaysia. 

Bagaimanapun, tiada kes baharu jangkitan tempatan dilaporkan di republik itu dan semua kes adalah kes import. 

Bernama melaporkan, daripada 26 kes baharu itu, 25 kes tidak bergejala manakala satu-satunya kes bergejala membabitkan wanita rakyat Malaysia.

Kes import lain adalah dari Bangladesh, Gabon, India, Indonesia, Jerman, Myanmar, Filipina, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Seorang lelaki rakyat Singapura berusia 39 tahun yang pulang dari Malaysia juga merupakan antara kes import tanpa gejala. 

Setakat ini, terdapat tiga kluster di Singapura. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here