PM beri jaminan akan menasihati Agong bubar Parlimen bila Covid-19 reda

0
1

Nurul Huda Abhar

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan akan menasihati Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membubarkan Parlimen sebaik sahaja penularan virus Covid-19 dapat dikawal.

Menurut beliau, ia sekali gus menandakan Pilihan Raya Umum (PRU) adalah selamat untuk diadakan.

“Sebagai Ketua Kerajaan, saya juga sentiasa menghormati sistem dan proses perundangan negara kita yang berpaksikan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen,” katanya dalam dalam Perutusan Khas Perdana Menteri, yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau menyeru Ahli Parlimen baik dari pihak kerajaan mahupun pembangkang, bersama-sama berganding bahu dan menggembeleng usaha untuk memerangi wabak Covid-19 tanpa mengira perbezaan fahaman politik. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/01/30/kerajaan-perlu-kawal-selaraskan-harga-ujian-swab-di-klinik-hospital-swasta-tajuddin/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here