Kit Siang teruja Tommy dilantik jadi Peguam Negara?

0
2

BEBERAPA pendedahan yang dibuat bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas melalui buku memoirnya bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’ menggambarkan seolah-olah berlaku campur tangan pihak tertentu dalam urusan mahkamah.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, turut membangkitkan perkara itu dengan merujuk mengenai keterujaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang apabila mengetahui Tommy dilantik menjadi Peguam Negara ketika itu.

“Seperti didedah dalam buku Tommy, rupanya orang yang paling teruja apabila Tommy dilantik Peguam Negara ialah Lim Kit Siang.

“Uncle Kit Siang sudah telefon untuk ucap tahniah pada Tommy sebelum Tommy menerima perkenaan Yang di-Pertuan Agong dan pada pukul 5 pagi hari selepas perkenan,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Najib menyifatkan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu terlalu teruja hingga tidak menunggu hari siang untuk hubungi Tommy bagi mengucapkan tahniah.

“Pukul 5 pagi sudah ‘calling’ Rasanya Uncle Kit Siang tak sabar nak tunggu hingga siang untuk ucap tahniah.

“Excited (teruja) betul Uncle pada masa itu di mana anak dia masih menghadapi dua caj rasuah (yang kemudiannya ditarik balik selepas Tommy menjawat),” katanya.

Guan Eng yang juga bekas Menteri Kewangan berdepan dakwaan rasuah membabitkan pembelian sebuah lot tanah dan banglo ketika menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Setiausaha Agung DAP itu kemudian dibebas dan dilepaskan daripada pertuduhan itu oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 3 September 2018. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/01/21/najib-diminta-akui-pembabitan-menjatuhkan-kerajaan/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here