Azrinaz bakal timang anak lagi

0
2

BEKAS personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim bakal menimang cahaya mata keempat.

Menerusi hantaran di Instagramnya, Azrinaz memaklumkan berita gembira itu, dan mengesahkan dirinya kini hamil tujuh bulan.

“Ini bukan gambar lama, apa yang anda lihat dalam gambar sedang berlaku kini. Inilah saya dengan kandungan keempat.

“Kandungan saya kini berusia tujuh bulan lebih atau lebih tepat berusia 30
minggu.Alhamdulillah syukur dengan rezeki untuk saya mengandung di usia ini,” katanya.

Tambahnya, dia sendiri tidak menyangka akan mengandung selepas dua tahun melahirkan anak ketiganya.

“Jujurnya saya sendiri tidak sangka akan mengandung dalam waktu terdekat selepas melahirkan Areesya Malaykha.

“Tetapi buat apa tunggu kalau boleh lakukan sekarang,” tulisnya lagi.

Beliau turut memohon keluarga, teman dan pengikut di Instagram mendoakan segala urusannya berjalan lancar yang dijangka bersalin pada awal April depan.

“Doakan proses bersalin anak ini nanti berjalan dengan selamat dan lancar, Insha-Allah,” katanya.

Azrinaz melangsungkan perkahwinan kali keduanya bersama Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei 2018.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Areesya Malaykha yang kini berusia dua tahun.

Menerusi perkahwinan pertama dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sebelum ini, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Pengiran Muda Abdul Wakeel, 15, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 13. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/01/16/faye-kusairi-kongsi-rawatan-bagaimana-sembuh-bells-palsy/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here