Kehadiran Ebit Lew dialu-alukan tapi jumpalah ‘tuan rumah’ dahulu

0
2

TIADA halangan untuk pendakwah terkenal, Ebit Lew meneruskan misi bantuan beliau tetapi perlu memaklumkan kepada pihak berkaitan sebagai tuan rumah di daerah itu.

Pegawai Daerah Semporna, Suhaimi Ejip berkata, beliau memahami niat ikhlas Ebit tetapi pihaknya tidak menerima kunjungan daripada pendakwah bebas itu sendiri.

Menurutnya, pihaknya hanya dimaklumkan mengenai tujuannya masuk ke pulau berkenaan selain dinyatakan hasratnya mahu mendirikan struktur untuk pembinaan sekolah.

“Saya sebagai tuan rumah mengalu-alukan kedatangan beliau dan menghargainya namun apabila kita memasuki ‘rumah’, kita harus mengetuk ‘pintu rumah’ terlebih dahulu, namun beliau tidak datang ke Pejabat Daerah Semporna.

“Sebaliknya, pihak kami hanya dimaklumkan mengenai jadual perjalanannya melalui pembantu peribadinya dan tidak bertemu secara bersemuka bagi menerangkan tujuannya.

“Jabatan yang mempunyai autoriti membenarkan seseorang individu atau agensi masuk ke sesuatu daerah adalah Pejabat Daerah,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Ebit menerusi hantaran di Facebooknya hari ini memaklumkan terpaksa menghentikan misi menyampaikan bantuan kepada penduduk di Semporna, Sabah selepas diarahkan berbuat demikian oleh pihak tertentu.
Menurutnya, pihaknya dimaklumkan bahawa beliau tidak dibenarkan untuk ke pulau-pulau di Semporna.

Katanya, beliau diminta menghentikan proses menyerahkan bantuan di sekitar kawasan itu dan diberitahu boleh dikenakan didenda RM100,000 atau penjara tiga tahun sekiranya ingkar. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/02/polis-tak-halang-misi-bantuan-ebit-lew-di-semporna/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here