Jenazah ‘Adik’ dituntut keluarga kandung

0
1

PERSOALAN sama ada jenazah ‘Adik’ akan dibawa pulang mengikut keluarga ibu angkat atau tidak akhirnya terjawab selepas waris memberitahu akan menuntut jenazah kanak-kanak itu di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka, pagi ini.

Perkara tersebut disahkan oleh seorang waris kanak-kanak tersebut yang dipercayai bapa saudara mangsa yang ditemui di Taman Kasturi, Simpang Bekoh, lapor Kosmo Online.

Bagaimanapun, lelaki itu enggan ditemubual dan hanya menjawab ringkas jenazah Adik akan dituntut keluarganya dan dikebumikan di Melaka.

Lelaki itu kemudian beredar dengan menunggang sebuah motosikal.

Jenazah itu dipercayai akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, Simpang Bekoh.

Pengerusi Masjid Al-Hidayah Chabau, Rosli Ibrahim, 65, ketika ditemui di pekarangan perkuburan memberitahu, van jenazah telah bergerak ke Hospital Melaka untuk membawa jenazah kanak-kanak itu kira-kira jam 8 pagi tadi.

“Jenazah akan dibawa ke surau As-Syakirin Simpang Bekoh untuk disembahyangkan oleh ahli keluarga sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

“Saya dimaklumkan hanya 40 orang sahaja dibenarkan untuk menjalankan solat jenazah tersebut,” katanya.

Semalam, bapa angkat mangsa, Md Tarmidi Yaaccob, dilaporkan berkata keluarganya masih merayu kepada keluarga kandung mangsa untuk mengebumikan jenazah di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung, Rawang di Selangor.

Beliau memaklumkan telah berjumpa ibu kandung mangsa serta keluarganya untuk berbincang, namun masih belum mendapat keputusan.

Artikel berkaitan :

  1. https://malaysiapost.com.my/2021/02/01/polis-temui-kesan-lebam-luka-lama-dan-baru-di-badan-kanak-kanak-maut-didera/
  2. https://malaysiapost.com.my/2021/01/31/bantal-busuk-pengubat-rindu-terhadap-adik/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here