PPUM hargai sumbangan Covid-19 menerusi Lazada

0
1

PUSAT Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menghargai sumbangan bagi Tabung Covid-19 PPUM menerusi platform, Lazada Malaysia.

Pengarahnya, Prof Dr Nazirah Hasnan berkata sejak awal penularan wabak itu, pihaknya amat mengalu-alukan sebarang sumbangan dalam pelbagai bentuk daripada syarikat, pertubuhan bukan kerajaan dan individu yang ingin menyumbang serta melaksanakan program sumbangan itu.

“Lazada Malaysia sudah menyediakan platform untuk melaksanakan program memacu sumbangan dan memilih pelbagai organisasi termasuk PPUM sebagai antara organisasi yang akan menerima sumbangan.

“Sumbangan ini adalah bagi kegunaan pihak PPUM untuk mengurus dan menangani pandemik Covid-19.

“Pihak PPUM amat berterima kasih dan menghargai sumbangan dan sokongan semua pihak,” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu, Lazada Malaysia yang terkenal dengan aktiviti perniagaan pelbagai produk dan perkhidmatan menyediakan inisiatif membantu PPUM.

Usaha itu adalah inisiatif daripada Lazada untuk membantu mempromosi bantuan yang diperlukan PPUM.

Sumbangan untuk tabung Covid-19 PPUM juga boleh dilakukan melalui pembelian di aplikasi Lazada. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here