Cikgu Naimmi kisah dedikasi warga pendidik – KP Pelajaran

0
1

KETUA Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Habibah Abdul Rahim mengakui situasi Covid-19 yang melanda negara mendorong warga pendidikan mendepani cabaran norma baharu pendidikan.

Menerusi hantaran di Facebook, Dr Habibah berkata dua kisah terakhir pada Januari mengenai warga pendidik adalah hakikat golongan tersebut terus kekal komited dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin.

Kisah yang dimaksudkan beliau adalah laporan Malaysiapost berkaitan guru, Naimmi Yusof, 34, yang menjalankan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika menjalani kuarantin di Kompleks Sukan Keningau, Sabah.

Serta kisah Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) yang merendah banjir bagi menyampaikan bahan PdPR kepada murid di Kampung Pituru, Kota Belud yang tidak memiliki kemudahan internet baik.

“Saya percaya banyak lagi kisah-kisah kecemerlangan dan dedikasi seperti dua kisah yang saya kongsikan berlaku di seluruh negara yang tidak sempat saya kongsikan.

“Saya harap semua warga pendidikan kekal komited dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin walaupun pada masa ini kita berhadapan cabaran yang tidak pernah kita bayangkan. Marilah kita terus bersama-sama melangkah lebih jauh,” katanya.

Sementara itu, Cikgu Naimmi melahirkan rasa terharu selepas dihubungi Ketua Pengarah Pelajaran yang bertanya khabar mengenai kesihatan dirinya.

Menerusi hantaran di Facebook, Naimmi memakumkan Dr Habibah turut memberi kata-kata semangat dan mendoakan dia cepat sembuh.

“Dr pesan jaga kesihatan, nanti sembuh baru fokus PdPR. Saya cakap alhamdulilah saya dah sembuh.

“Pengetua pun beritahu tak perlu buat PdPR, fokus pada ‘recovery’ tetapi saya tak tahu nak buat apa di pusat kuarantin jadi saya mengajar, saya ajar dalam tempo perlahan,” katanya.

Naimmi juga menjelaskan kepada rakan-rakan guru bahawa bukannya wajib untuk mengajar ketika cuti sakit, sebaliknya apa yang dilakukannya kerana sayangkan pelajar.

“Kepada sahabat-sahabat perguruan, saya mengajar sewaktu di pusat kuarintin ekoran positif Covid-19 (mc) bukan sebagai asbab untuk anda semua pun kena mengajar ‘time mc’. Tidak… benda bukan wajib. Ambil yang positif dari tindakan saya ini sebagai pedoman yang negatif jadikan teladan.

“Saya manusia biasa, saya guru seperti anda juga. Bagaimana anda sayangkan pelajar begitu juga saya, apa yang saya buat demi pelajar saya tak dapat apa-apa.

“Terima kasih pengetua, pihak sekolah, keluarga, sahabat-sahabat dan pelajar yang banyak memberi sokongan.

“Alhamdullilah saya dah sembuh. Lagi dua hari saya akan keluar. Alhamdullillah. Terima kasih atas doa dan sokongan semua. Disebalik ujian Allah ada hikmahnya. Semua jaga diri ya.. Amalkan SOP (prosedur operasi standard). Kita jaga kita,” katanya.

Terdahulu Malaysiapost melaporkan, tidak mahu pelajar ketinggalan dalam pelajaran mendorong Cikgu Naimmi yang sedang kuarantin di Kompleks Sukan Keningau, menjalankan kaedah PdPR.

Walaupun berstatus ‘mc’ dan pengurusan sekolah memintanya berehat, Naimmi, 34, berkata sebagai guru rasa tanggungjawab dan amanah terhadap pelajar menjadi keutamaan selain masa masih mengizinkan dirinya untuk mengajar. – Malaysipost

Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/01/30/tak-mahu-pelajar-ketinggalan-cikgu-naimmi-mengajar-dari-pusat-kuarantin/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here