Bunyi letupan kuat, gegaran di Brunei, Sabah disebabkan meteor?

0
1

MISTERI bunyi letupan kuat disusuli gegaran di beberapa daerah di Sabah, Labuan, utara Sarawak dan Brunei semalam, dilaporkan berpunca daripada meteor.

Perkara itu disahkan Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam (PABD) semalam yang menyatakan meteor dikesan memasuki ruang udara Brunei pada jam 11 pagi, lapor Air Times News Network.

Menurut kenyataan PABD, saksi mengatakan ia menghasilkan bunyi kuat serta asap dan pihaknya telah menerima maklumat berserta gambar dari saksi terbabit.

Sebelum ini, media melaporkan penduduk beberapa daerah di Sabah gempar susulan bunyi kuat seakan letupan disusuli gegaran pagi semalam.

Kejadian selama beberapa saat itu dilaporkan dirasai di sekitar Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu dan Labuan, selain utara Sarawak.

Susulan itu, heboh di media sosial apabila netizen tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku serta apa puncanya.

Pada masa sama, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menjelaskan tiada sebarang kegiatan meletupkan bom yang dilakukan pihak berkuasa di kawasan terbabit.

Sementara itu, Pusat Kajigempa Kebangsaan Brunei menerusi kenyataan memaklumkan gegaran telah dikesan oleh salah satu stesen seismik milik mereka.

“Gegaran dirasai pada jam 11.03 pagi dan jelas bukan berpunca dari gempa bumi di Brunei serta negara jiran,” kata kenyataan itu. – Malaysiapost

Gambar sekadar hiasan.

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/01/31/misteri-bunyi-letupan-kuat-umpama-guruh-gegaran-gemparkan-sabah/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here