Pemandu Hilux beri keterangan kes ‘rider’ wanita maut

0
1

SEORANG pemandu yang dikatakan terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabkan kematian penghantar makanan wanita di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Rabu lalu, tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata pemandu Toyota Hilux itu hadir memberi keterangan di Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.

“Kenderaannya dibawa menjalani pemeriksaan Jabatan Kimia dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), sementara pemandu ditahan untuk diambil keterangan dan siasatan lanjut.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan lanjut menerusi beberapa saksi bebas, kejadian dipercayai membabitkan sebuah kenderaan lain.

Media sebelum ini melaporkan penghantar makanan wanita maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer S1.4 LDP dekat susur masuk Putra Height dari Puchong.

Dalam kejadian sekitar jam 6 petang itu, Wong Lai Yie, 30, yang menunggang Yamaha YZF- R15 dipercayai terbabas akibat permukaan jalan basah dan melanggar pembahagi jalan sebelum terpelanting. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here