Kanak-kanak maut didera: Suami, isteri direman seminggu

0
1

SEPASANG suami isteri, masing-masing berusia 32 dan 38 tahun direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes dera sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Mohd Anuar Ostadi di Mahkamah Majistret Ayer Keroh.

Bernama melaporkan semalam, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut, dipercayai akibat didera ibu kandung dan bapa tirinya di Taman Krubong Jaya.

Kanak-kanak malang itu didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, namun siasatan siasatan awal polis mendapati terdapat kecederaan fizikal pada badan mangsa.

Mayat kanak-kanak itu dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengenai Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/01/30/kanak-kanak-mangsa-dera-ditemui-mati-dalam-tong-air/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here