KERAJAAN diminta supaya mengawal dan menyelaraskan harga bagi ujian saringan Covid-19, kata Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Katanya, cadangan itu khususnya melibatkan klinik dan hospital swasta yang mana harga bagi setiap ujian disifatkan terlalu tinggi.
Beliau perkara, perkara itu membebankan rakyat dan ia telah disampaikan beliau kepada Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
“Pagi ini saya telah mencadangkan kepada Menteri Kanan Keselamatan dan Menteri Kesihatan supaya bayaran ujian swab Covid-19 diselaras dan dikawal.
“Pada masa ini (klinik dan hospital) swasta mengenakan bayaran agak tinggi RM380 seorang. Ramai yang tidak mampu.
“Manakala kapasiti hospital dan klinik kesihatan limited (terhad) walaupun hospital kerajaan mengenakan kadar rendah RM110,” katanya menerusi kenyataan hari ini. – Malaysiapost

