Rakyat mahu lihat kesatuan pemimpin kerajaan, pembangkang

0
1
Ahmad Husam Baderudin Presiden Penyatuan Ummah Malaysia

SEMUA pemimpin politik tidak kira mana-mana parti baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang dirayu melakukan gencatan politik secara menyeluruh susulan negara kini berhadapan krisis Covid-19.

Presiden Penyatuan Ummah Malaysia, Ahmad Husam Baderudin berkata segala persengketaan yang berlaku ketika ini perlu diketepikan terlebih dahulu untuk melihat rakyat berada dalam keadaan selamat.

“Semua pemimpin politik persengketaan, sentimen, masalah politik itu letak sebelah. Kita satukan dalam keadaan ini… mungkin ini amaran dari Allah, bala ini dari Allah untuk melihat kesatuan kita.

“Kita letak titik pertemuan baik kerajaan mahupun pembangkang untuk sama-sama satukan hati, satukan fikrah, satukan pemikiran.

“Kita ingin melihat negara kita ini selamat, ingin melihat ekonomi dan negara kita selamat. Ini antara hasrat dan agenda kenapa kita berpolitik,” katanya menerusi video yang dimuat naik di Facebook.

Ahmad Husam berkata semua pemimpin berbicara mengenai rakyat, ekonomi dan negara, jadi rakyat mahu melihat semua pemimpin itu bersatu.

“Rakyat tak mahu lihat kalian bertelingkah dan bergaduh sesama sendiri. Jadi saya harap seruan ini sampai kepada pemimpin politik.

“Kami rakyat mahu lihat kesatuan antara pemimpin politik pembangkang dan kerajaan dalam berhadapan Covid-19. Harap seruan ini diterjamahkan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here