Liverpool kembali ke landasan kemenangan

0
2

LIVERPOOL kembali menemui rentak kemenangan selepas membenam Tottenham Hotspur 3-1 di White Hart Lane dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), pagi ini.

Ibarat harimau terluka, Liverpool yang terdesak untuk menamatkan kemarau kemenangan dalam 4 perlawanan terakhir telah menerima tamparan hebat kerana terpaksa mengenepikan pemain penting mereka Fabinho daripada kesebelasan utama akibat kecederan.

Bagaimanapun ketiadaan Fabinho sedikit pun tidak merencatkan rentak Liverpool yang tampil awal menguji anak buah Jose Mourinho menerusi ancaman satu lawan satu yang gagal dimanfaatkan oleh Sadio Mane pada awal babak permainan.

Spurs pantas bertindak balas menerusi penyerangnya Son Heung Min yang berjaya menewaskan penjaga gol Liverpool, Alisson Backer namun gol itu tidak disahkan oleh video bantuan pengadil (VAR) kerana penyerang kelahiran Korea Selatan itu telah didapati berkedudukan offside terlebih dahulu.

Meskipun Liverpool tampak menguasai perlawanan, namun Son tetap menjadi duri dalam daging kepada juara bertahan EPL itu apabila sekali lagi hampir menewaskan Allison.

Akhirnya Liverpool berjaya memecah kebuntuan perlawanan menerusi jaringan pemain kelahiran Brazil Roberto Firmino yang menerima umpanan cantik daripada Mane pada masa kecederaan babak pertama.

Bersambung babak kedua, aksi perlawanan semakin rancak meskipun Spurs terpaksa mengeluarkan penyerang sensasi mereka Hary Kane demgan Eril Lamela.

Baru dua minit aksi bersambung, pertahanan kanan Liverpool Trent Alexander Arnold berjaya melebarkan kedudukan 2-0 Liverpool di hadapan namun pemain tengah Spurs P. Hoejbjerg telah merapatkan jurang selang dua minit selepas itu.

Pada minit ke-56 gol Mohamed Salah telah dibatalkan oleh VAR kerana bola dikesan telah terkena tangan Fitmino sebelum itu.

Harapan untuk Liverpool mencipta kemenangan pertama pada tahun baru 2021 kian terpancar apabila Mane berjaya menjaringkan gol ketiga Liverpool pada minit ke-65.

Selepas itu Spurs seakan hilang punca dengan membiarkan anak buah Jurgen Klop terus menguasai perlawanan dan kedudukan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Dengan kemenangan itu, juara bertahan EPL itu telah mengumpul 37 mata dan merapatkan jurang dengan pendahulu liga Manchester City kepada 4 mata.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here