PdPR: Guru mengajar, pelajar tayang video lucah

0
1
Seorang kakitangan swasta, Siti Saleha Mohd Salleh, 37 (dua kiri) tekun melakukan kerja dalam talian semasa bekerja di rumah sambil membimbing anak-anaknya, Syafi Amni Sharil Amin, 8 (kanan) dan Syaza Afrina Sharil Amin, 6 (dua kanan) serta anak saudaranya, Nur Amara Sofia Mohd Hakim, 6 (kiri) belajar secara atas talian (online) di rumah kediamannya, Setapak.

Aiman Hanif

PENGAJARAN dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) merupakan kaedah baharu yang bukan saja memerlukan kreativiti dan pendekatan yang lebih menarik.

Malah, guru juga berdepan dengan gangguan daripada pelajar-pelajar nakal ketika melaksanakan sesi PdPR.

Bagi seorang guru di sebuah sekolah di ibu kota, dia mendakwa turut berdepan dengan gangguan video lucah oleh pelajar ketika melaksanakan sesi pengajaran secara talian.

“Kita menggunakan aplikasi yang disediakan kementerian dalam melaksanakan pengajaran. Namun, ada segelintir pelajar-pelajar nakal cuba menganggu proses pengajaran.

“Mereka menyiarkan juga video-video lucah, gambar lucah ketika sesi pengajaran secara dalam talian yang menyebabkan guru terpaksa memberhentikan pengajaran.

“Perbuatan ini dipercayai dilakukan oleh pelajar sekolah berlainan. Yang mana pautan pengajaran secara dalam talian ini telah dikongsi ataupun disebarkan oleh pelajar yang nakal,” katanya kepada Malaysiapost.

Pada 11 Januari lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan
semua murid sekolah rendah dan Tingkatan Satu hingga Empat di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah PdPR mulai 20 Januari.

Dalam satu kenyataan KPM berkata, ketetapan itu juga terpakai kepada pelajar Semester 2 Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Semester 2 Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 di Kolej Vokasional.

“PdPR akan dijalankan mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, guru berkenaan memaklumkan, ramai rakan-rakan gurunya turut diganggu sedemikian ketika melaksanakan PdPR.

“Ramai guru-guru terkena gangguan ini khususnya ketika sesi PdPR secara dalam talian, khususnya membabitkan guru wanita.

“Perkara ini telah sampai kepada pihak pengurusan sekolah. Malah, sistem yang diguna pakai juga telah dikemasikini bagi mengelak pencerobohan sedemikian rupa,” katanya.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here