Harimau Malaya masih cari tempat penginapan

0
1

SKUAD Harimau Malaya masih mencari kemudahan penginapan atau tempat tinggal yang diperluakan oleh skuad tersebut sepanajang kem latihan pusat yang bakal diadakan secara kuarantin dalam masa terdekat.

Pengurus pasukan tersebut, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu tidak mendapat tempat di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil sebagaimana yang telah dirancang sebelum ini.

“Setakat ini, venue latihan pasukan kebangsaan tetap akan dibuat di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Cuma kami masih perlu mengenal pasti kemudahan latihan iaitu tempat tinggal (penginapan).

“Mungkin di MSN ketika ini terlalu ramai (atlet negara) dan ia dilihat tidak berapa sesuai untuk dijadikan sebagai pusat latihan atau penginapan pasukan kebangsaan.

“Perkara ini sedang dibincangkan oleh pihak sekretariat bersama Tan Cheng Hoe. Sebarang keputusan mengenainya akan diketahui dalam masa terdekat,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Mohd Yusoff berkata, pihaknya juga perlu memastikan venue penginapan baharu skuad Harimau Malaya nanti harus mendapat persetujuan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau memberitahu, ‘lampu hijau’ MKN amat penting bagi memastikan venue penginapan serta latihan skuad Harimau Malaya masih berada dalam gelembung sukan yang digariskan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Dalam perkara ini, kami tidak boleh sesuka hati memilih venue dan lokasi penginapan pasukan kebangsaan.

“Kami perlu merujuk MKN terlebih dulu sebelum mendapat kelulusan,” ujarnya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here