Lagi kes harian lepasi angka 4,000

0
1

SEBANYAK 4,094 kes baharu Covid-19 dicatatkan di Malaysia hari ini, iaitu kes harian kedua tertinggi pernah direkodkan sejak wabak itu melanda negara.

Ia juga kali keempat kes harian Covid-19 melepasi angka 4,000 kes.

Sebelum ini kes tertinggi pernah dicatatkan ialaj 4,270 pada 23 Januari, 4,029 pada 16 Januari serta 4,008 pada 20 Januari.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi kenyataan memaklumkan daripada keseluruhan kes hari ini, lapan adalah kes import dan selebihnya penularan tempatan.

Ia menjadikan keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia menghampiri 200,000 apabila kini mencecah 198,208 kes dengan kes aktif adalah 43,192.

Menurut KKM, Selangor sekali lagi mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 1,577 kes diikuti Johor (717), Kuala Lumpur (678), Sabah (282) dan Sarawak (171).

Negeri yang mencatat kes di bawah 100 ialah Pulau Pinang (99), Perak (94), Kedah (92), Terengganu (80), Melaka (73), Pahang (72), Labuan (55), Negeri Sembilan (48), Kelantan (37), Putrajaya (10) dan Perlis (9).

Sebanyak 3,281 kes sembuh dicatatkan hari ini menjadikan keseluruhan kes sembuh ialah 154,299 kes.

Jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 717 kes susulan penambahan 10 lagi kes kematian hari ini.-Malaysiapost

Artikel berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here