Kerajaan sedang gubal kompaun, hukuman lebih berat ingkar PKP

0
2

KOMPAUN lebih tinggi dan hukuman lebih berat sedang digubal kerajaan melalui Ordinan Darurat bagi dikenakan terhadap individu atau syarikat yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia susulan masih ramai lagi yang ingkar dan melanggar SOP berkenaan.

“Saya ingin maklumkan bahawa oleh kerana masih ramai yang gagal mematuhi SOP pihak kerajaan sedang mengubal Ordinan Darurat untuk meningkatkan lagi kompaun terhadap individu serta syarikat.

“Begitu juga apabila dibawa ke mahkamah hukumannya akan di tambah lebih banyak lagi,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berharap rakyat mematuhi SOP ditetapkan supaya tidak dikenakan tindakan daripada pihak berkuasa.

“Disiplin diri yang paling penting, maka anda perlu patuh pada setiap SOP dikeluarkan kerana ia bukan untuk menyusahkan tetapi untuk memastikan kesihatan anda semua,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ismail Sabri memaklumkan, seramai 494 individu ditahan semalam kerana ingkar SOP pematuhan PKP dan daripada jumlah itu 464 individu dikompaun, 29 direman dan seorang diberi jamin.

“Antara kesalahan yang dilakukan adalah tidak memakai pelitup muka, merentas negeri tanpa kebenaran, tiada penjarakan sosial dan lain-lain lagi,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here