Umno perlu bertindak tegas- Tajuddin

0
1

Aiman Hanif
PENGARAH Pilihan Raya Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mencadangkan supaya tindakan tegas diambil terhadap pemimpin yang peraturan dan disiplin parti.
Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, berkata beliau akan membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT).
“Saya akan cadangkan kepada MT disiplin kena ketat. Peraturan dan disiplin parti kena tegas.
“Mereka yang keluar kenyataan lemahkan parti tindakan mesti diambil,” katanya kepada Malaysiapost baru-baru ini.
Tajuddin berkata demikian sebagai terhadap tindakan pemimpin Umno baik di peringkat pusat mahupun bahagian mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan pendirian parti.
Ia termasuk tindakan beberapa pemimpin Pemuda Umno bahagian dan Ketua Umno bahagian yang mendesak Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Pada tiga hari lalu, Ketua Umno Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman menggesa Ahmad Zahid melepaskan jawatan sebagai Presiden Umno demi kepentingan 3.6 juta ahli parti dan orang Melayu.
Ahmad Tajuddin berkata Umno kini berada dalam keadaaan tidak terarah berikutan kemelut dalaman yang tidak berkesudahan.
Dalam pada itu Tajuddin berkata, amat menyedihkan apabila pemimpin Umno turut serta dengan tindakan pihak luar yang cuba lemahkan Umno.
“Orang luar nak lemahkan Umno, bantai presiden dulu, masalah dia orang org luar yang tak suka (presiden Umno).
“Pemimpin Umno jangan tokok (tambah), barulah satu keluarga,” katanya lagi.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here