Lampard sedih tidak diberi masa bukti kemampuan

0
1

FRANK Lampard meluahkan kesedihan serta kekecewaan selepas beliau dipecat sebagai ­pengurus Chelsea.

Menerusi hantaran Instagram miliknya, Lagenda Chelsea itu mengakui terkilan kerana tidak diberikan lebih banyak masa untuk membuktikan kemampuannya sekali gus memperbaiki kedudukan ‘The Blues’ dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Bagaimanapun, bekas pemain tengah England itu turut berterima kasih kepada para penyokong Chelsea atas sokongan yang diberikan selama ini meskipun prestasi pasukan tidak seperti yang diramalkan.

“Saya rasa sangat bangga kerana diberikan peluang untuk membimbing Chelsea, pasukan yang sentiasa menjadi sebahagian daripada hidup saya. Terima kasih kepada semua penyokong yang sentiasa berada di belakang saya.

“Agak kecewa kerana saya tidak ada cukup masa untuk bawa pasukan ini kembali dalam kelompok teratas. Saya juga berbangga kerana memberikan peluang kepada pemain-pemain akademi,” ujar Lampard.

Chelsea melakukan persiapan besar-besaran sebelum sepak mula EPL musim ini dengan melakukan pembelian beberapa bintang seperti Timor Werner dan Karl Harverts.

Namun, Lampard gagal mencorakkan permainan yang mantap sehinggakan Chelsea terpaksa menduduki tangga kesembilan carta liga dengan 29 mata hasil lapan kemenangan, lima kalah dan enam seri.

Lampard juga mengakui dirinya telah bersedia menerima sebarang kemungkinan ketika pertama kali menggalas tanggungjawab sebagai pengendali Chelsea.

“Ketika saya ambil alih jawatan pengurus, saya sudah tahu cabaran besar bakal dihadapi. Apa yang penting sekarang, saya harap Chelsea akan terus berjaya pada masa depan,” katanya. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here