PENDAKWAH bebas, Ebit Lew hari ini meneruskan kerja amal dengan menghantar misi bantuan ke Sabah.
Ebit menerusi hantaran Facebooknya berkata, misi bantuan itu hasil usaha sama MyJet Xpress Airlines dan Zen Aviation Sdn Bhd yang menaja penerbangan ke Sabah.
Katanya, dalam misi itu pihaknya menyumbang beberapa keperluan seperti makanan, kerusi roda, topeng muka serta tablet bagi kegunaan pelajar yang memerlukan.
“Doakan yer. Misi bantuan ke Sabah. Saya bawa 1,000 set makanan, 100 kerusi roda, 75,000 keping muka, 200 Samsung Tab bagi kegunaan pelajar di sana yang benar-benar memerlukan,” katanya.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Lapangan Terbang Kargo KLIA yang tidak mengenakan sebarang caj untuk merealisasikan misi berkenaan.
“Semoga Allah tambah rezeki buat MyJet. Terima kasih Klia Kargo Airport yang beri free caj. Baik sangat semua.
“Saya hantar barang dulu. Flight saya dijadualkan lusa dengan MAS Airlines. Terima kasih tak terhingga juga Mas Airlines beri special rate buat team kami. Semoga menjadi asbab kebaikan,” katanya. -Malaysiapost
Artikel berkaitan:

