Covid-19: Kem PLKN, Bina Negara jadi pusat dan depoh tahanan sementara

0
1

KEM Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), Kem Bina Negara dan fasiliti lain yang bersesuaian akan dijadikan pusat tahanan serta depoh tahanan sementara bagi mengelakkan penularan Covid-19.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata fasiliti terbabit akan digunakan oleh Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara sewaan.

Beliau berkata, ia bertujuan bagi menjamin penjarakan fizikal banduan dan tahanan di penjara, depoh tahanan serta lokap seterusnya mengelakkan penularan Covid-19.

“Banduan dan tahanan yang ditempatkan di kem-kem ini adalah banduan dan tahanan dengan kesalahan ringan sahaja.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bekerjasama dengan agensi keselamatan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), PDRM dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) untuk ditempatkan sementara bagi menjamin keselamatan yang ketat,” katanya dalam kenyataan mengenai pengurusan darurat, hari ini.

Menurutnya, keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat yang ditubuhkan bagi memantau isu-isu berkaitan pelaksanaan dan pengurusan darurat.

Mohd Zuki berkata, PDRM pada masa ini sedang berunding dengan pemilik-pemilik fasiliti yang bersesuaian untuk dijadikan lokap sementara.

“Pengoptimuman penggunaan fasiliti sedia ada yang bersesuaian juga akan dilaksanakan bagi mengelakkan implikasi kewangan lebih besar bagi pembinaan fasiliti baharu,” katanya. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here