Nilam Oshman
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti tujuh kluster baharu Covid-19 membabitkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kedah.
Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat penambahan tujuh kluster baharu membabitkan tiga kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster komuniti, masing-masing satu kluster keagamaan dan kluster melibatkan pusat tahanan.
“Kluster Cochrane membabitkan Wilayah Persekutuan yang melibatkan kluster tempat kerja, Kluster Jalan Platinum membabitkan Johor (kluster tempat kerja) dan Kluster Delima membabitkan Negeri Sembilan (Kluster tempat Kerja).
“Manakala Kluster Padi Mahsuri membabitkan Johor dan Kampung Bukit Putera membabitkan Terenggau melibatkan Kluster Komuniti.
“Masing-masing satu kluster melibatkan kluster keagamaan iaitu Kluster Keladi Saga membabitkan Kedah serta Kluster berkaitan pusat tahanan di Terengganu (Kluster Tembok Bukit Besi),” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, terdapat dua kluster ditamatkan hari ini iaitu
Kluster Teguli dan Kluster Desa Pinang.
“Ia menjadikan keseluruhan kluster tamat setakat ini adalah 397,” katanya.
Dr Noor Hisham berkata, sehingga kini, terdapat 753 kluster dilaporkan dengan jumlah kluster aktif adalah 356.
“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 95 kluster melaporkan pertambahan kes.
“Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Pasai (111 kes), Kluster Seri Bayu (61 kes), dan Kluster Jalan Platinum (33 kes),” katanya. -Malaysiapost

