Tiada makna terbuka jika hanya rosakkan parti – Dr Shamsul Anuar

0
1

Nurul Huda Abhar

PENGARAH Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menegaskan tiada maknanya keterbukaan yang diamalkan dalam Umno jika hanya akan merosakkan parti.

Beliau berkata peluang yang diberikan untuk mengutarakan pendapat bukan bermaksud sehingga menggambarkan imej buruk kepada parti.

“Berbeza pandangan boleh. Keterbukaan memang amalan parti. Namun tiada maknanya keterbukaan jika merosakkan parti.

“Oleh itu kebebasan bercakap tidak bermaksud kita boleh berkata apa saja hingga memberi kesan negatif pada parti.

“Pastikan. Apa saja yang dilakukan menguntung dan memberikan kebaikan pada Umno, Barisan Nasional,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Shamsul Anuar berkata, beliau yakin semua pemimpin, ahli dan penyokong Umno serta BN di semua peringkat ingin parti itu kembali gagah seperti dulu.

Jelas beliau, semua pemimpin Umno mesti bersepakat, menjaga perpaduan dan fokus untuk memperkukuhkan parti.

“Letakkan kepentingan parti sebagai keutamaan. Berikan tumpuan membela dan menjaga kepentingan rakyat.

“Dekatkan parti dan diri kita sebagai pemimpin dengan rakyat. Bila kita dekati rakyat. Rakyat rapat dengan kita. Ini mesti dilakukan disemua peringkat,” katanya lagi.

Sebelum ini terdapat desakan daripada pemimpin Umno agar kerajaan mengadakan pilihan raya umum secepat dalam masa terdekat oleh kerana terdapat kenyataan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya mempunyai sokongan 109 ahli daripada 222 kerusi.

Namun, beberapa pemimpin parti itu mengecam tindakan tersebut dan  menyifatkan ia sebagai ‘pentingkan diri’ sewaktu negara masih dalam memerangi Covid-19. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here