Darurat: Ramai kata tak perlu, tapi mereka ketakutan

0
1

TUN Dr Mahathir Mohamad mendakwa ramai orang berpendapat darurat tidak perlu dilaksanakan dalam mengekang penularan Covid-19 namun mereka ‘ketakutan’ untuk bersuara dan mengemukakan rayuan.

Menerusi catatan di laman blog http://chedet.cc, bekas Perdana Menteri itu berkata beliau cuba mendapatkan ramai orang untuk memberi pendapat berkenaan darurat.

“Ramai mereka yang berpendapat darurat tidak perlu. Mereka sebut beberapa sebab mereka berpendapat demikian.

“Mereka jelaskan tetapi ternampak mereka dalam ketakutan. Mereka rendah suara sambil memandang sekeliling mereka dan mereka pun pesan jangan bagi tahu sesiapa berkenaan pendapat mereka.

“Kata mereka, mereka takut kerana kerajaan penuh kuasa dan boleh buat apa sahaja kepada mereka. Denda sebanyak RM5 juta dan penjara 10 tahun. Tidak boleh dapat perlindungan undang-undang,” katanya.

Dr Mahathir berkata beliau cuba menjelaskan kerajaan tidak boleh buat begitu namun mereka tidak berasa senang.

“Disuruh tandatangan surat rayuan supaya darurat ditarik balik – mereka tolak,” katanya.

Sebelum ini Dr Mahathir dan empat ahli politik memohon untuk mencelah dalam saman berhubung keputusan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini menolak mengisytiharkan darurat.

Tiga dari empat ahli politik itu ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Parlimen Jerlun), Datuk Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu), Datuk Shahruddin Md Salleh (Sri Gading) dan Datuk Marzuki Yahya dari parti Pejuang, yang mengemukakan permohonan mencelah itu pada 12 Januari lalu.

Kelima-lima mereka, termasuk Dr Mahathir selaku Ahli Parlimen Langkawi mengemuka permohonan itu melalui firma guaman Tetuan Law Practice of Rafique.

Mereka memohon untuk campur tangan dalam saman dikemukakan peguam Syed Iskandar Syed Jaafar, yang meminta panduan mahkamah mengenai isu perlembagaan berkaitan keputusan Seri Paduka sebelum ini yang tidak berkenan dengan permohonan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk pengisytiharan darurat.

Pada 25 Oktober tahun lalu, dilaporkan Seri Paduka tidak menerima permintaan Muhyiddin untuk pengisytiharan darurat atas alasan kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika itu sedang menangani pandemik Covid-19 dengan berkesan. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here