6 maut pesawat bawa presiden kelab bola sepak, pemain terhempas

0
1

Enam terbunuh dalam nahas pesawat di Brazil yang melibatkan empat pemain dari sebuah kelab bola sepak.

Dalam kejadian itu, Presiden kelab Palmas turut terbunuh dalam nahas di utara Tocantins, Brazil, kata pasukan itu.

Pesawat tersebut dilaporkan tiba-tiba terhempas ke tanah di hujung landasan semasa berlepas di Tocantinense Aviation Association, kata Palmas Futebol e Regatas dalam satu kenyataan.

Pemain pasukan itu dalam perjalanan ke Goiania, di wilayah tengah negara itu, untuk menentang Vila Nova pada pusingan 16 terakhir Copa Verde hari ini.

Mangsa dikenali sebagai presiden Lucas Meira dan pemain Lucas Praxedes, Guilherme Noe, Ranule dan Marcus Molinari, serta juruterbang, yang hanya bernama Wagner.

Tidak ada yang terselamat, kata kelab itu.

Kapten pasukan kebangsaan Brazil yang juga pemain pertahanan Chelsea, Thiago Silva, menyampaikan ucapan takziah kepada mereka yang terlibat.

Palmas ditubuhkan pada 1997 dan bermain di divisyen keempat Brazil. – Malaysiapost

Berita berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here