PKPD Penjara Taiping dan kuarters kakitangan bermula esok

0
1

KERAJAAN hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan(PKPD) di Penjara Taiping dan kuarters kakitangan bermula esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD itu susulan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan peningkatan kes positif Covid-19 secara mendadak di kawasan berkenaan.

“Sehingga 23 Januari 2021, sebanyak 43 kes positif Covid-19 telah direkodkan yang melibatkan 40 tahanan dan tiga kakitangan penjara.

“Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, Kerajaan hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Penjara Taiping dan Kuarters Kakitangan bermula 26 Januari sehingga 8 Februari ini,” katanya menerusi kenyataan.

Ismail Sabri berkata, pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua tahanan, kakitangan serta kontak rapat yang terlibat untuk memastikan tiada jangkitan dalam komuniti,” katanya.

“SOP PKPD di penjara ini juga sama seperti yang diumumkan sebelum ini termasuk pergerakan keluar masuk dan lawatan oleh ahli keluarga adalah tidak dibenarkan,” katanya. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here