Covid-19: KWSP Jalan Raja laut ditutup mulai esok

0
1

PEJABAT dan kaunter Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur akan ditutup sementara waktu mulai esok selepas seorang kakitangannya disahkan positif Covid-19.

Menurut kenyataan jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP, penutupan itu adalah selaras dengan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalankan proses disinfeksi dan sanitasi.

“Operasi akan ditutup sehingga dimaklumkan kelak,” katanya.

Menurut kenyataan itu,  kakitangan terbabit sedang menjalani rawatan dan pada masa yang sama KKM sedang melakukan pengesanan kontak.

Katanya, semua kakitangan KWSP cawangan itu akan menjalani ujian saringan Covid-19 dan jika didapati positif mereka akan dikuarantinkan selama 10 hari.

Sehubungan itu, KWSP menasihati pencarum supaya melaksanakan transaksi perkhidmatan tertentu secara dalam talian melalui i-Akaun atau menjadualkan semula urusan mereka melalui Janji Temu Online jika ada keperluan untuk hadir ke cawangan.

Sementara itu, pejabat KWSP Sibu akan dibuka semula mulai esok selepas ditutup pada 13 Januari lalu. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here