10 lagi sekolah di Kuala Terengganu diarah tutup kerana Covid-19

0
1

SEBANYAK 10 lagi sekolah di Kuala Terengganu diarahkan tutup oleh Jabatan Kesihatan Terengganu berikutan penularan pandemik Covid-19.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata, sekolah-sekolah berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Dir, SK Seri Budiman, SK Tengku Ampuan Mariam, SK Gong Tok Nasek dan SK Pusat Kuala Ibai.

“SK Kesom, SK Pulau Manis, SK Bukit Petiti, SK Manir dan SK Kedai Buloh turut diarahkan ditutup selama tujuh hari berkuatkuasa hari ini.

“Kesemua sekolah terbabit ditutup mengikut Seksyen 18 (1)(d) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya, hari ini.

Nor Azimi berkata, kerja-kerja sanitasi bagi nyahkuman perlu dilakukan di setiap sekolah tersebut dalam tempoh berkenaan.

Kelmarin media melaporkan SK Sultan Sultan Sulaiman I dan SK Paloh di Kuala Terengganu diarahkan ditutup selama 14 hari sehingga 5 Februari depan.

Penutupan tersebut berikutan lapan guru di sekolah terbabit disahkan dijangkiti Covid-19.-Malaysiapost

Berita Berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/01/22/sk-sultan-sulaiman-1-tutup-lapan-guru-positif-covid-19/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here