Pemulangan RM15.4 bilion aset terkait 1MDB bantu keupayaan negara

0
2

KETUA Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berpandangan kejayaan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz mendapatkan kembali RM15.4 bilion pemulangan aset yang terkait skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai menjawab persoalan rakyat berhubung kes berkenaan.

Malah katanya, dengan jumlah yang besar diperoleh itu juga dapat membantu keupayaan negara yang kini dilanda krisis.

“Skandal 1MDB merupakan satu titik hitam besar dalam sejarah negara. Jenayah kleptokrasi yang berlaku menyebabkan negara hilang aset yang amat banyak.

“Kita mesti ambil semua langkah yang perlu untuk memastikan lebih banyak aset-aset itu dapat kita kembalikan kepada rakyat kita.

“Pada waktu sama, pastikan keadilan dan undang-undang juga ditegakkan dengan tegas dan segera. Rakyat nak tahu apa kesudahan mereka yang bersekongkol dalam skandal 1MDB ini.

“Kita mesti pastikan jenayah sebegitu tidak boleh diulang oleh sesiapa,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu media melaporkan, Malaysia berjaya mendapatkan semula pemulangan aset yang dikaitkan dengan syarikat 1MDB bernilai RM15.4 bilion (AS$3.9 bil) setakat ini.

Menurut Menteri Kewangan antara pemulangan terbesar adalah daripada syarikat Goldman Sachs kepada Malaysia.

“Malaysia meneruskan usaha mendapatkan semula aset 1MDB, meskipun sejak tahun lalu kita berdepan pandemik Covid-19, Malaysia berjaya mendapatkan semula RM13.4 billion tunai, aset fiskal 1MDB.

“Bagaimanapun, pemulangan terbesar dicatatkan apabila pemulangan aset 1MDB daripada Goldman Sachs bernilai AS$2.5 bilion, tidak termasuk jaminan dari Goldman Sachs bernilai AS$1.4 bilion,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here