Ahli politik ditangkap kes dadah bukan pemimpin Armada

0
2

ANGKATAN Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat kes tangkapan seorang ahli politik kerana memproses dadah, Rabu lalu.

Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dalam kenyataan media berkata tiada dalam kalangan kepemimpinan Armada telah ditahan berhubung kes berkenaan seperti dilaporkan dan tular di media sosial.

“Parti melihat serius dengan tangkapan seorang ahli parti berkaitan kes dadah dan kita tidak sama sekali berkompromi dengan sebarang bentuk jenayah berkaitan dadah.

“Parti akur dan serahkan ke atas pihak berkuasa untuk jalankan siasatan dan ambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya wujud salah laku dalam kalangan ahlinya, perkara tersebut akan dibawa ke peringkat tertinggi bagi tindakan tatatertib.

Sebelum ini media melaporkan, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin, mendedahkan seorang ahli perniagaan yang juga bekas calon Pilihan Raya Umum ke-14 ditahan polis selepas disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah.

Suspek yang pernah bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda sebuah parti politik tahun lalu itu ditahan polis dalam satu serbuan di Fraser Business Park, Pudu pada Rabu lalu. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/01/22/pemimpin-armada-ditahan-miliki-ganja/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here