PKP: Semak harga ‘take away’ elak peniaga kenakan caj tersembunyi

0
2

PENGGUNA terutama yang membeli makanan secara ‘take away’ semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diminta menyemak harga bagi mengelak dikenakan caj tambahan oleh peniaga.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, dalam situasi ketika ini mengenakan caj perkhidmatan kepada pelanggan adalah tidak munasabah.

Ini kerana katanya, semua pihak terikat dengan larangan makan di restoran ketika tempoh pelaksanaan PKP.

“Jika sebelum ini mungkin peniaga boleh memberikan alasan perlu membeli pengimbas suhu, ‘hand sanitizer’ tetapi kini tidak lagi terikat dengan peraturan sedia ada.

“Jika dengan membeli peralatan ini sebagai alasan untuk menaikkan harga barang tidak wajar lagi pun pengimbas suhu hanya sekali sahaja dibeli,” katanya ketika dihubungi Malaysiapost.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada terdapat peniaga restoran mengenakan caj perkhidmatan ketika pelaksanaan PKP, susulan kerajaan tidak membenarkan pelanggan makan di kedai.

Mengulas lanjut, Mohd Yusof berkata setakat ini pihaknya belum menerima aduan berkaitan caj berkenaan kerana sebelum ini aduan yang diterima adalah orang ramai berharap masa perniagaan dilanjutkan.

“Ramai yang minta masa dilanjutkan kerana setakat jam 8 malam mereka maklumkan tidak sempat kerana kekangan kerja dan sebagainya dan perkara itu didengari oleh kerajaan.

“Namun, kita berharap orang ramai tidak mengambil kesempatan dengan ‘bersiar-siar’ susulan lanjutan berkenaan.

“Bagi yang ‘take away’ semak dulu harga makanan dengan jumlah yang dibayar, jika ada caj tertentu kita minta mereka membuat aduan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here