Syed Saddiq cari 100 laptop lagi

0
1

SELEPAS mengagihkan lebih 200 komputer riba atau laptop kepada pelajar di Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman kini fokus untuk mengusahakan tambahan lebih 100 lagi peranti tersebut.

“Total (Semuanya) 200+ laptop telah berjaya diagihkan di Muar! Terima kasih semua. You made this possible!

“Saya hanya kenderaan kepada aspirasi rakyat.

“Hari ni saya berhenti naik Bumblebee (motosikalnya) untuk fokus berunding bagi harga terbaik untuk beli lagi 100+ laptop untuk (penduduk) Muar,” kata Ahli Parlimen kawasan itu menerusi Facebooknya hari ini.

Sebelum ini bekas Menteri Belia dan Sukan itu mengambil inisiatif mengumpul dana bagi membeli komputer riba sehingga sanggup membotakkan kepalanya sendiri.

Pengasas Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu mencuri perhatian ramai apabila menaiki skuter bagi mengedarkan sejumlah komputer riba kepada penduduk kampung.

Disember lalu, Syed Saddiq menerusi #BotakChallenge melancarkan kempen mengutip sumbangan membeli 100 komputer riba berjumlah RM200,000.

Hasil daripada kempen itu, 50 laptop berharga RM1,500 setiap satu telah diedarkan kepada pelajar-pelajar di sekitar Muar yang memerlukan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here