SEBANYAK 3,170 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini, menjadikan keseluruhan 172,549 kes direkodkan di Malaysia setakat ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata, ia menjadikan kes aktif atau kes kebolehjangkitan di negara ini meningkat kepada 41,755 kes.
Katanya, sebanyak 2,490 kes sembuh direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh adalah 130,152.
“Pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 260 dan 103 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 12 lagi kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian setakat ini 642 kes bersamaan dengan 0.37 peratus. – Malaysiapost

