16 lagi kluster baharu Covid-19 dikenal pasti

0
1

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengenal pasti 16 lagi kluster baharu Covid-19 di seluruh negara hari ini, 11 daripadanya adalah kluster melibatkan tempat kerja.

Ia hari kedua-dua berturut-turut sebanyak 16 kluster baharu dikenal pasti dalam sehari, menjadikan 701 kluster direkodkan sejak wabak Covid-19 melanda negara, dengan 327 kluster aktif dan masih dipantau.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 16 kluster baharu hari ini, masing-masing kluster komuniti dan kumpulan berisiko serta satu kluster aktiviti keagamaan.

Perincian 16 kluster baharu hari ini iaitu:

  1. KLUSTER JALAN TEROLAK
    Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif bermula pada 20 Januari hasil saringan bersasar di sebuah kilang di Jalan Terolak, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Sejumlah 41 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif.
  2. KLUSTER PASAR BORONG KL 2
    Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Titiwangsa dan Kepong di Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (kes ke-124,450) telah dilapor positif pada 6 Januari hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan Pasar Borong Kuala Lumpur di Pusat Bandar Utara Selayang. Sejumlah 78 individu telah disaring, di mana 20 kes dikesan positif.
  3. KLUSTER JALAN KELAPA
    Melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (kes ke-145053) telah positif pada 14 Januari hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan pekerja dan penghuni sebuah pusat jagaan di Jalan Kelapa, Bandar Kajang. Sejumlah 52 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif.
  4. KLUSTER JALAN CANANG EMAS
    Melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilapor positif bermula 11 Januari hasil saringan bersasar di sebuah syarikat di Jalan Canang Emas, Pelabuhan Klang. Sejumlah 95 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif.
  5. KLUSTER JALAN SEMPADAN
    Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Kulai di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilapor positif bermula 8 Januari hasil saringan bersasar di sebuah kilang di Jalan Sempadan, Kawasan
    Perindustrian Majidee, Johor Bahru. Sejumlah 530 individu telah disaring, di mana 35 kes dikesan positif.
  6. KLUSTER TAMPOI TUJUH
    Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru. Kes-kes bagi kluster ini telah dilapor positif bermula 21 Januari hasil saringan bersasar di sebuah kilang yang di Jalan Tampoi, Kawasan Perindustrian Tampoi, Johor Bahru. Sejumlah 94 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif.
  7. KLUSTER SERI BAYU
    Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-170,967) telah positif pada 21 Januari hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah institusi awam di Tanjung Pengelih, Pengerang. Nama kluster merujuk kepada satu bangunan dalam fasiliti itu. Sejumlah 188 individu telah disaring, di mana enam kes dikesan positif.
  8. KLUSTER LADANG SEBRANG
    Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lahad Datu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (kes ke-131,389) telah dilapor positif pada 9 Januaribhasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja ladang kelapa sawit di Ladang Sebrang, Lahad Datu. Sejumlah 256 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif.
  9. KLUSTER SILIMPOPON
    Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kalabakan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-123,229) telah dilapor positif pada 6 Januari hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja sebuah ladang di bandar Silimpopon, Kalabakan.
  10. KLUSTER TAMAN SEJAHTERA
    Melibatkan daerah Kampar, Perak Tengah, dan Kinta di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (kes ke-157,922) telah dilapor positif pada 17 Januari hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan aktiviti keagamaan di sebuah institusi swasta di Taman Sejahtera Utama, Kampar. Sejumlah 70 individu telah disaring, di mana 35 kes dikesan positif.
  11. KLUSTER JALAN SLIM
    Kluster tempat kerja melibatkan daerah Muallim di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-147,151) telah dilapor positif pada 14 Januari hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar dan kakitangan sebuah institusi pengajian awam di Jalan Slim, Tanjong Malim. Sejumlah 118 individu telah disaring, di mana 26 kes telah dikesan positif.
  12. KLUSTER KOTA MUHIBBAH
    Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hilir Perak, Kinta, dan Manjung di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (kes ke-157,929) telah dilapor positif pada 17 Januari hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah fasiliti awam di Teluk Intan. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kota Muhibbah, Teluk Intan.
    Sejumlah 47 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif.
  13. KLUSTER MANDIN JAYA
    Kluster ini melibatkan daerah Seberang Perai Utara di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (kes ke-157,810) dilapor positif pada 17 Januari hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan
    dan penghuni sebuah pusat jagaan warga di
    Jalan Mak Mandin Jaya Dua, Pulau Pinang. Sejumlah 133 individu telah disaring, di mana 29 kes telah dikesan positif.
  14. KLUSTER ORION
    Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Muda, Sik, dan Kulim di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (kes ke-161 077)
    telah dilapor positif pada 12 Januari hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah institusi awam di Belantik, Sik. Sejumlah 13 individu disaring, di mana sembilan kes dikesan positif.
  15. KLUSTER GUNUNG RAYA
    Kluster komuniti ini melibatkan daerah Langkawi di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-143,988) telah dilapor positif pada 13 Januari hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokasi aktiviti riadah kes indeks di Gunung Raya, Jalan Padang Matsirat, Langkawi.
    Sejumlah 46 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif.
  16. KLUSTER KAMPUNG TANAH MERAH
    Melibatkan daerah Besut di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (kes ke-138,205) telah dilaporkan positif pada 11 Januari hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Tanah Merah, Jerteh, Besut. Sejumlah 169 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here