Kerajaan mahu denda ingkar SOP RM1,000 dinaikkan

0
1

Nurul Huda Abhar

MENTERI Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap agar undang-undang bagi meningkatkan nilai denda terhadap pihak yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dipercepat dan dapat dilaksanakan secepat mungkin.

Beliau berkata, Jabatan Peguam Negara telah diberi tanggungjawab untuk melihat perundangan dari segi ordinan yang berkaitan dengan Covid-19.

“Saya lihat terutamanya syarikat-syarikat yang berkaitan dengan hiburan. Walaupun hiburan adalah senarai yang tidak dibenar langsung beroperasi, tetapi mereka masih beroperasi.

“RM1,000 terlalu rendah buat mereka. Saya dimaklumkan oleh penguatkuasa, mereka (syarikat hiburan) dah sediakan RM1,000 untuk bayar kompaun. Bayaran RM1,000 bukan isu bagi mereka,” katanya dalam sidang media hari ini.

Ismail Sabri berkata, terdapat juga majikan enggan menghantar pekerja menjalani ujian swab tetapi kerajaan masih tidak boleh kenakan tindakan yang tegas kepada mereka.

Katanya, pelbagai prosedur yang perlu dilakukan untuk memastikan pihak terbabit mematuhi semua arahan yang dikeluarkan atau mengenakan tindakan jika ingkar.

“Melalui ordinan darurat ini, kita boleh lebih pantas untuk mengambil tindakan dan hukuman mungkin lebih besar,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here