3.18 juta permohonan i-Sinar Kategori 1 bernilai RM25.3 bilion dilulus

0
1

Nurul Huda Abhar

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah meluluskan 3.18 juta permohonan i-Sinar di bawah Kategori 1 yang bernilai RM25.3 bilion.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, setakat semalam, pihak KWSP telah menerima 4.8 juta permohonan i-Sinar bagi Kategori 1.

Tengku Zafrul berkata, ahli yang lulus telah mula menerima jumlah keseluruhan RM12 bilion pada Januari, dan baki permohonan lain sedang diproses pihak KWSP.

“Seperti diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 18 Januari lalu, bagi menambah baik kemudahan i-Sinar terutama bagi mereka yang menghadapi cabaran akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan banjir, KWSP akan membuat bayaran interim sehingga RM1,000 bagi pemohon i-Sinar Kategori 2.

“Proses pengeneluaran i-Sinar Kategori 2 juga dipermudahkan di mana ahli hanya perlu mengisytiharkan secara kendiri bahawa mereka memenuhi kriteria ditetapkan.

“Dokumen sokongan boleh dihantar secara dalam talian dan semakan akan dibuat kemudian,” katanya menerusi kenyataan pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin), Pakej Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dan Pakej Rangsangan Ekonomi Kita Prihatin (Kita Prihatin) hari ini.

Beliau berkata, kerajaan juga telah meminta KWSP memudahkan proses bayaran interim ini, yang akan dibuat mulai 26 Januari,” ujarnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here