Talian BPR kembali beroperasi mulai hari ini

0
1

TALIAN hotline Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) kembali beroperasi mulai hari ini selepas ditutup sementara sejak isnin lalu.

Menurut kenyataan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), talian berkenaan akan beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

“Sebagai alternatif bagi mendapatkan penjelasan berkenaan BPR selain menghubungi talian 1800-88-2747, orang ramai turut boleh merujuk soalan lazim (FAQ) berkaitan dari portal rasmi https://bpr.hasil.gov.my/,” katanya.

Pendaftaran BPR dibuka pada 15 Januari lepas hingga 15 Februari ini dan dijangka memanfaatkan 8.1 juta penerima membabitkan peruntukan RM6.5 bilion. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here