Kematian Dr Ali bukan sebab bebanan kerja banyak – KKM

0
1

PUNCA kematian petugas barisan hadapan Dr Ali Noor Hassan bukanlah disebabkan terlampau penat kerana bebanan kerja yang banyak.

Sebaliknya, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kematian Dr Ali berpunca daripada sejarah penyakit lain yang dihidapinya.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

“Beliau telah dikesan mempunyai penyakit lain dan tak ada kaitan dengan kelesuan bekerja,” katanya.

Berita kematian Dr Ali telah tersebar di media sosial menerusi Facebook milik Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) lewat malam tadi.

SPJM melaporkan Dr Ali jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih, selain kekurangan masa untuk beristirehat setelah bertugas di barisan hadapan KKM menangani Covid-19.

Dalam perkongsian itu, SPJM turut memuat naik sekeping gambar terakhir Dr Ali yang tertidur semasa bertugas dengan memakai pakaian perlindungan diri (PPE). -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here