Isteri, anak dan pembantu Nazri Aziz positif Covid-19

0
1

ISTERI dan anak kepada Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz disahkan dijangkiti Covid-19.

Perkara itu disahkan oleh Datin Seri Haflin Saiful Azhar yang memaklumkan dirinya, anak lelaki yang berusia empat tahun serta seorang pembantu mereka positif Covid-19.

Menurut Haflin, dia sedang menjalani kuarantin kendiri di sebuah villa miliknya di Kandis, Bachok, Kelantan.

“Saya baik-baik saja, sedang jalani kuarantin di rumah. Saya, anak dan pembantu dijangkiti Covid-19 tahap 1 dan akan menjalani kuarantin selama 10 hari.

“Saya perhatikan, anak pun tak alami demam atau batuk-batuk. Saya pastikan dia kekal aktif… bagi vitamin, minum banyak air dan buah-buahan,” katanya seperti dilapor Mstar.

Haflin turut menceritakan bagaimana dia dan semua yang menjadi kontak rapat suaminya telah menjalani ‘swab test’ Covid-19.

“Saya yang bawa Datuk Seri (Nazri) ke hopsital pada malam tiga hari lepas. Saya cuba buat saringan, hubungi semua hospital di Kota Bharu tapi hari dah malam.

“Jadi saya perlu tunggu sehinga esok pagi. Semua pembantu, pemandu saya bawa sekali buat saringan. Tengah hari Selasa saya disahkan positif,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Haflin berkata, dia sendiri yang menjemput Nazri dari lapangan terbang sejurus dia kembali dari ibu negara baru-baru ini.

Mengenai keadaan kesihatan suaminya, Haflin berkata, keadaan Nazri menunjukkan perkembangan baik dan mereka baru sahaja berhubung melalui panggilan telefon pada pagi tadi.

“Baru bercakap pagi tadi. Datuk Seri puji Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) Kota Bharu. Memang ‘first class’ katanya.

“Sudah tentu saya dijangkiti daripada Datuk Seri sebab saya bersamanya sejak dia pulang. Lepas habis sidang media, Datuk Seri balik ke Kota Bharu.

“Saya melihat perkara ini sebagai satu hikmah. Jadi saya dengan staff kuarantin dalam kawasan villa yang dah ditutup kepada orang ramai sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sebelum tahu kena Covid-19, saya sempat berkuda di tepi pantai, buat aktiviti bersenam. Syukur kawasan ini agak luas, jadi kakitangan yang negatif pun dapat kuarantin dalam bilik masing-masing,” ujarnya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here