Covid-19: ‘Dari 7 orang sekarang tinggal 4, arwah abang ipar meninggal pagi tadi’

0
1

Nurul Huda Abhar

PENINGKATAN kes Covid-19 semakin membimbangkan dengan kes kematian di Malaysia akibat virus tersebut kini dicatatkan sebanyak 619 sehingga semalam.

Beberapa perkongsian di media sosial menceritakan pengalaman mereka sendiri sebagai pesakit Covid-19 dan ada juga yang tidak dapat menyembunyikan rasa sedih selepas ahli keluarga menjadi korban virus Covid-19.

Satu ciapan di laman Twitter oleh akaun @Zyxyo menarik perhatian ramai apabila memberitahu empat orang daripada tujuh ahli keluarganya disahkan positif Covid-19, dan kini sedang menjalani rawatan di hospital.

Malah, lebih menyedihkan abang iparnya adalah antara 14 pesakit Covid-19 yang meninggal dunia semalam.

“Dari tujuh orang dekat rumah sekarang tinggal tiga orang, kakak dengan adik perempuan aku dekat Maeps, kakak aku lagi seorang dekat Hospital Sungai Buloh.

“Satu lagi arwah abang ipar aku yang telah meninggal dunia pagi tadi di Hospital Sungai Buloh kerana Covid,” tulisnya, semalam.

Menurut Zyzyo, dia tidak sanggup melihat ibunya yang sedih memikirkan nasib ahli keluarga yang lain sedang bertarung dengan virus Covid-19.

Dia juga memohon memohon agar orang ramai mendoakan kesembuhan buat semua ahli keluarganya yang masih menerima rawatan.

“Ya Allah, sungguh berat ujian yang Kau berikan pada keluarga kami di awal tahun 2021 ni , Ya Allah berikan keluarga kami kekuatan untuk menempuhi segala ujianMu. Tabahkanlah ummi aku. Aku tak boleh tengok ummi aku macam ni ya Allah.

“Dengan nama mu Ya Allah Kau sembuhkan adik beradikku keluargaku jauhi lah mereka dari penyakit Covid19. Al fatihah (dibaca),” katanya lagi.

Entri tersebut yang diulang kicau sebanyak 28,000 dan menerima hampir 29,000 tanda suka dibanjiri dengan doa-doa yang berharap ahli keluarga itu dapat bersatu kembali.

Rata-rata mereka berkata, walaupun telah banyak perkongsian mengenai bahaya Covid-19 namun masih ramai yang tidak mengambil serius dan hanya menyangka Covid-19 ini adalah deman biasa.

“Ada mangkuk ayun dekat FB cakap “takde apala Covid tu, nanti sembuh la” rasa macam nak doakan dia yang kena Covid tu baru dia ada akal”.

“Dan yang paling aku tak boleh terima boleh pula cakap, ‘ni lah manusia, lebih takut mati..sebab Covid’ panas je dengar, bukan masa sekarang nak cakap mcm tu, bagi lah ayat-ayat moral sikit.. benda dah jadi,bukan kita minta..”

“Ada satu bos India ni dia cakap saya tak percaya Covid ni. Kalau kena, kuarantin lah apa susah. Staf lain tengah takut nak masuk kerja sebab syarikat tu ada kes, boleh pulak dia cakap macam tu kat staf. Bila dah kena baru menggelupur!”

Sehingga semalam kes jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan 3,631, menjadikan bilangan kes positif keseluruhan di Malaysia sebanyak 165,371.

Kes harian Covid-19 di negeri Selangor adalah yang paling tinggi sebanyak 1,199, disusuli Sabah 526 kes dan Kuala Lumpur 521 kes. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here