Covid-19: Hamzah Zainudin stabil – KDN

0
1

KEMENTERIAN Dalam Negeri memaklumkan tahap kesihatan Datuk Seri Hamzah Zainudin yang kini menjalani rawatan selepas disahkan positif Covid-19, berada dalam keadaan stabil.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri Dalam Negeri, Hamzah sedang menjalani rawatan serta kuarantin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Terima kasih kepada semua pihak yang telah menzahirkan keprihatinan terhadap tahap kesihatan Datuk Seri Hamzah Zainudin,” katanya kenyataan itu.

Sehubungan itu, Pejabat Menteri Dalam Negeri memohon agar semua pihak untuk terus mendoakan kesembuhannya.

Menurut kenyataan itu, sebarang perkembangan berkaitan tahap kesihatan Hamzah yang sahih dan rasmi hanya akan dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Dalam Negeri.

Sebelum ini, tular di media sosial mendakwa Menteri Dalam Negeri itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana kemerosotan kesihatan akibat Covid-19. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here