ISTERI, Allahyarham Abam Bocey, Siti Nurhidayah Mohd Ali atau lebih dikenali Hidayah Abam meluahkan perasaan rindu terhadap suaminya.
Hidayah menzahirkan perasaan itu sempena ulang tahun kelahiran ke-33 Abam semalam menerusi Instagramnya.
Katanya, walaupun kini dia bersendirian membesarkan anak tunggal mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey tapi semangat arwah sentiasa menemani dalam setiap tindakan dan keputusan yang dilakukannya.
“Selamat Hari Lahir Suamiku, walaupun terpisah dunia tetapi rohnya sentiasa disisiku…ku percaya dia sentiasa menemaniku.
“Ini sedikit kenangan-kenangan ku bersama Allahyarham suamiku saat-saatku mengandungkan anakku harta yang tak ternilai Syed Uthman Hamzah, kekuatannya, keberaniannya semangatnya ku pinjam,” tulisnya.
Sementara itu, Hidayah berkata, setiap doanya sentiasa terselit nama suaminya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, biarpun tidak mengunjungi pusara.
“Berehatlah sayang,
damailah sayang, bersemadilah sayang. Aku? akan terus mendukung namamu hingga ke syurga kelak selagi hayatku masih ada dan menjadi Bidadarimu hingga ke akhirnya.
“Tak semestinya tak pergi tempatmu, ku lupakanmu tidak setiap masa, setiap saat , setiap detik tidak pernah ku lupa akan ku selit namamu didalam doaku dan setiap sujudku, Al-fatihah untukmu imam ku Syed Umar Mokhtar
“Syed Uthman Hamzah harta yang tak ternilai akan ku jaga dan akan ku bimbing anak kita menjadi anak yang soleh, bila dia besar dia akan mendoakan ayah dia di syurga dan berbakti kepada ibu dan ayah mu,” katanya.
Hidayah turut meluahkan rasa syukurnya yang kini mempunyai kedai makan atas usaha serta dorongan dari keluarganya.
“Alhamdulliah syukur pada Allah sekarang ku ada kedai sendiri berkat doa-doa anda semua saya berjaya smpai sekarang.
“Terima kasih mak, abah, keluarga, saudaraku, kawan-kawan ku selalu sokong dan mendoakan ku berjaya sampai sekarang ini.. Susah senangku keluarga ku sentiasa ada bersama ku dan anakku.
“Ku akan terus kuat dan teruskan perjuangan ku untuk membesarkan anakku, terus mencari pahala untukmu dan kita kongsi pahala bersama-sama,” katanya.
Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishammuddin, Sabak Bernam.
Pasangan berkenaan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia dua tahun.
Abam meninggal dunia akibat demam panas pada 10 Februari 2020 di kediamannya di Gombak, Selangor. -Malaysiapost

