752 individu ditahan ingkar SOP PKP

0
1

Nurul Huda Abhar

SERAMAI 752 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) semasa perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 718 individu dikompaun, manakala 34 lagi direman.

“Kesalahan direkodkan ialah tidak memakai pelitup muka (277), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (137), tiada penjarakkan fizikal (128), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (73), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (39) dan lain-lain (98),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, semalam seramai, 57 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditangkap dalam Operasi Benteng dan sebanyak 10 kenderaan darat turut dirampas. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here