Nurul Huda Abhar
AHLI Parlimen Tanjong Karangn Tan Sri Noh Omar dan anggota keluargabya disahkan bebas dari Covid-19.
Menurut Noh, keputusan ujian saringan Covid-19 diterima petang tadi dan beliau sekeluarga disahkan negatif.
Noh memaklumkan perkara itu menerusi satu ciapan di laman Twitternya, selepas mendapat khabar mengembirakan itu.
“Alhamdulillah, keputusan Covid test anggota keluarga kami terima petang tadi adalah negatif.
“Terima kasih buat sahabat-sahabat semua yang mendoakan saya dan keluarga. Saya sangat menghargainya.
“Mohon terus doakan semoga menantu saya Hisham segera sembuh dan dipermudahkan urusan dalam tempoh kuarantin,” tulisnya hari ini.
Semalam, Noh memaklumkan menantu lelakinya yang dikenali sebagai Hisham disahkan positif Covid-19.
Katanya, Hisham tinggal serumah bersama dengannya oleh itu mereka sekeluarga telah menjalani ujian saringan Covid-19. – Malaysiapost

