Nurul Huda Abhar
JANGKITAN kes harian Covid-19 masih meningkat apabila hari ini sebanyak 3,631 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 39,464 kes.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan berkata, daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat tujuh kes import manakala penularan dalam negara pula adalah 3,624 kes.
“Selangor masih melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu 1,999 kes. Ini diikuti Sabah sebanyak 526 kes dan Johor 368 kes.
“Terdapat pertambahan 14 kes kematian hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah 619,” katanya hari ini.
Sementara itu, sehingga kini terdapat 238 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 96 kes memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

