PM umum Bajet Bantuan Khas petang ini

0
1

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual akan mengumumkan Bajet Bantuan Khas pada jam 4 petang ini. 

Pengumuman berkenaan akan disiarkan secara langsung melalui akaun Facebook beliau dan beberapa stesen televisyen tempatan. 

Setakat ini belum ada maklumat bentuk bantuan yang akan diberikan namun difahamkan ia berkaitan situasi semasa negara yang berdepan Covid-19, khususnya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Sementara itu di ruangan komen Facebook Perdana Menteri, sebahagian rakyat mengharapkan moratorium dan pengeluaran i-Sinar dipermudahkan. 

Selain ada juga yang mahu kerajaan memberi bantuan subsidi membeli peranti untuk kegunaan pelajar yang belajar di rumah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here