Ramai nak jadi sukarelawan ujian vaksin Covid-19

0
1

SAMBUTAN menggalakkan diterima 

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menerima sambutan menggalakkan dalam usaha mendapatkan 3,000 sukarelawan untuk ujian klinikal vaksin Covid-19. 

KKM melalui perkongsian di Facebooknya memaklumkan ramai yang berminat dan menghubungi untuk mendaftar sebagai sukarelawan namun gagal susulan talian sibuk.  

“Terima kasih kerana menjadi sukarelawan untuk kajian vaksin Covid-19. 

“Pada hujung minggu yang lalu, ramai menelefon untuk mendaftar tetapi talian sibuk sebab terlalu ramai yang berminat. 

“Oleh itu, kami (KKM) menggalakkan anda untuk menghantar pesanan melalui WhatsApp,” katanya. 

Menurut KKM, pegawai penyelidik akan menghubungi mereka yang berminat untuk menjadi sukarelawan itu secepat mungkin dan berharap orang ramai bersabar. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here