Leka main telefon, lelaki langgar sekatan polis

0
1

PADAH menggunakan telefon bimbit ketika memandu, seorang lelaki ditahan selepas melanggar sekatan jalan raya Op Covid-19 di Jalan Klang Lama di Kuala Lumpur lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, perbuatan lelaki berusia 40 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Myvi itu mengakibatkan papan tanda ‘Pemeriksaan Polis’ mengalami kerosakan dalam kejadian kira-kira 5.50 petang itu.

Beliau berkata, polis kemudian bertindak menahan suspek susulan kejadian itu untuk siasatan lanjut.

“Hasil soal siasat awal mendapati suspek mengaku cuai sewaktu memandu kerana menggunakan telefon bimbit selain memberikan alasan keluar rumah kerana membeli makanan,” katanya seperti dilapor Bernama hari ini.

Katanya, lelaki terbabit tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan hasil ujian saringan air kencing adalah negatif.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 26 (2) Akta Polis 1967 kerana melanggar sekatan jalan raya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here